Ramadan: Orang muda perlu rebut peluang

- Advertisement -

DEWAN Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) mengajak semua orang muda menyambut kedatangan Ramadan al-Mubarak bertekad meningkatkan jihad, dengan tarbiyah dan dan dakwah.

- Advertisement -

Ketuanya, Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, para pemuda Islam mestilah mengambil peluang menjadikan Ramadan sebagai bulan beramal ibadah, melaksanakan kerja-kerja rutin pada siang hari dan tidak menurut ‘hawa nafsu’ kepemudaan serta melakukan maksiat kepada Allah.

“Jadi sebenarnya kita bimbang puasa yang diwajibkan oleh Allah itu menjadi sia-sia, tidak diberi pahalanya lantaran kita buat perkara (dosa) yang lain yang memberi kesan kepada puasa itu,” jelasnya dipetik Buletin Online.

Justeru, beliau menyarankan agar orang muda mengurangkan masa terluang dengan leka melayari aplikasi yang kurang membawa manfaat dalam ‘telefon pintar’ masing-masing.

“Ada laman-laman web yang menceritakan tentang bagaimana ibadat yang perlu dilakukan pada Ramadan al-Mubarak. Kena memperbanyakkan, gunakan ‘android’ untuk membaca al-Quran.

“Kalau sekiranya tak nak baca pun, dia ada ‘MP4’ yang kita boleh ‘download’ (bacaan al-Quran) dan kita boleh dengar atapun ‘tadabbur’, insya Allah,” ujarnya pada program temubual santai ‘Ramadan Dan Orang Muda’ di studio Harap TV di Kuala Terengganu, semalam.

Sehubungan itu, katanya, DPPNT akan menganjurkan program perasmian dan pelancaran bulan tarbiyah sempena menyambut kedatangan Ramadan.

Menurutnya, program tersebut akan diadakan di padang bola pekan Batu Enam, Kuala Nerus pada Khamis malam Jumaat, 25 Mei bersama Ustaz Azhar Idrus.

“Yang keduanya santai bersama Ustaz Azhar juga di ambang Ramadan betul, pada hari Jumaat petang, berhampiran jambatan Kuala Berang,” ujarnya.

- Advertisement -