Jasa guru dihargai PAS

- Advertisement -

GURU-guru Sekolah Rendah Islam Al-Hasanah, PASTI, dan Madrasah At-Tahzib telah diraikan denhan gilang-gemilang dalam satu Majlis Sambutan Hari Guru Kawasan Parit Buntar, semalam.

- Advertisement -

Sambutan tersebut telah dianjurkan oleh PAS Kawasan Parit Buntar dengan kerjasama Pemuda dan Muslimat Kawasan Parit Buntar itu bertujuan menghargai segala jasa dan khidmat bakti guru-guru dalam mendidik anak-anak demi kecemerlangan dunia akhirat.

Suasana dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada pelajar-pelajar sempena sambutan itu.

Ibu bapa dan waris diberikan keistimewaan menerusi satu slot khas bersama  Adun Titi  Serong, Ustaz Abu Bakar Hussin, yang dikenali dengan slot  “Parent Talk”.

Turut menyampaikan penghargaan Abdul Bahrin Md Desa, YDP PAS Kawasan Parit Buntar dan Azhar Sharin, Penyelaras Parlimen Parit Buntar.

Kemuncaknya, para guru bersama-sama menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia dan lagu Majlis Guru Pasti Malaysia.

Sebagai tanda penghargaan, semua institusi tersebut telah diberikan Kad Ucapan Istimewa dari pihak penganjur.

Majlis diakhiri dengan acara memotong kek beramai-ramai sebagai simbolik untuk meningkatkan lagi semangat para guru agar terus menabur jasa dan bakti kepada institusi pendidikan berteraskan Islam. – HARAKAHDAILY 21/5/2017

PastiPB 4

PastiPB 2

PastiPB 1

- Advertisement -