Insya Allah, hadiah kepada Presiden dapat direalisasi

- Advertisement -

DEWAN Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) sangat teruja dan insya Allah kami akan berusaha dengan kemampuan dan kekuatan yang ada menyahut hasrat dan cita-cita Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS untuk menjadikan Terengganu sebagai agenda penting untuk kita meraih kemenangan pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) sebagaimana ucapan perasmian yang disampaikan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

- Advertisement -

Insya Allah DMPNT bagi sesi ini telah merangka gerak kerja turun ke kawasan dan Dun-Dun bagi memperkasakan gerak kerja “Gerak Mujahidah 2” dalam usaha mempersiapkan jentera dan petugas muslimat dan Ameerah yang berkemahiran, ikhlas dan sanggup berkorban untuk memartabatkan Islam.

Memperkasakan skuad Yasiin, skuad Khidmat, skuad Munajat dan Ameerah Care dalam usaha membantu dan memberi khidmat tenaga serta sumbangan kepada masyarakat setempat tanda prihatin dan cakna dengan merealisasikan Budaya Poltik Matang dan Sejahtera (BPMS) di dalam masyarakat dengan program-program seperti gotong royong membersih rumah, perubatan percuma dan syifa’, mendekati Al-Mala’ dan cakna MOSWAY.

Kita juga sedang berusaha mendekati pengundi muda. Insya Allah dengan 3 entiti penting di dalam Dewan Muslimat iaitu Ameerah, Nusaibah dan Briged, kita telah pun berjaya mengumpulkan tenaga muda muslimat di peringkat negeri di dalam program HAMRA 1.0 pada bulan Februari lalu. Sesi ini fokus kita mengumpul dan memperkasakan tenaga muda di peringkat kawasan dan Dun-Dun di mana program ‘HAMRA’ akan turun ke lapan kawasan, insya Allah.

Program Himpunan Harapa Semua – PAS Ganti Umno (Harap-PGU) Negeri Terengganu ternyata membuahkan hasil gerak kerja dan usaha mendekati rakyat yang sangat berjaya. Oleh kerana itulah program Harap-PGU telah dijadikan sebagai gerak kerja utama oleh pimpinan PAS Terengganu. Dewan Muslimat negeri dan kawasan, kami menyedia dan menggerakkan petugas muslimat dan Ameerah membantu gerak kerja Harap-PGU yang sedang berjalan di setiap UPU di lapan kawasan seluruh Terengganu dengan strategi yang telah disusun oleh JPN negeri; mendekati pengundi dan gerakan daftar pengundi baru di samping pemutihan dan pemurnian culaan.

Akhir sekali, sebagaimana apa yang disebutkan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapan perasmian pada Harap-PGU 3.6 di Batu 24 Kuala Berang, Hulu Terengganu semalam bahwa kekuasaan dan kemenangan itu adalah milik Allah, rapatkan diri kita dengan Allah, apatah lagi kita sebagai petugas dan pimpinan gerakan Islam dengan bangun berqiamulail, banyakkan munajat dan wirid, mohon keampunan Allah, DMPNT telahpun mengarah dan  menggerakkan “Gelombang Munajat ‘Akifi” di setiap UPU/cawangan-cawangan setiap hari melalui arahan kepada DMP kawasan-kawasan  bermula bulan Mei sehingga PRU14.

Insya Allah, hasrat Timbalan Presiden untuk kita, petugas dan kepimpinan PAS Terengganu khususnya muslimat menghadiahkan kemenangan di Terengganu dalam PRU14 nanti kepada Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS akan dapat direalisasikan dengan pertolongan daripada Allah.

HAJAH ZARANI OTHMAN
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu
24 Sya’ban 1438 / 21 Mei 2017 – HARAKAHDAILY 21/5/2017

hamra

- Advertisement -