Takziah kepada keluarga Dr Khazani

- Advertisement -

PAS Terengganu mengucapkan takziah kepada keluarga Pengarah Institut Strategi PAS (ISP), Dr Mohamad Khazani Abdullah yang kembali ke rahmatullah pada jam 7.30 pagi tadi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur.

- Advertisement -

Pesuruhjayanya, Datuk Husain Awang berkata, PAS Terengganu juga menghargai sumbangan almarhum selaku Pengarah IKP negeri pada sesi lalu dan diamanahkan semula bagi sesi 2017-2019.

Katanya, pemergian almarhum merupakan satu kehilangan yang besar kepada PAS sama ada negeri mahupun pusat.

“Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal dengan pengorbanan dan sumbangan yang telah almarhum curahkan kepada perjuangan Islam dan menempatkan almarhum bersama-sama dengan kalangan anbiya, siddiqin, syuhada dan solihin,” ujarnya kepada Harakahdaily di tapak Himpunan Harapan Semua-PAS Ganti Umno (Harap-PGU) 3.6 di Batu 24, Kuala Berang, hari ini.

Jenazah Dr Khazani telah disembahyangkan di Masjid Hasanah, Bangi selepas solat Zuhur dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Merab pada jam 2.40 petang ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bergegas meninggalkan tapak Harap-PGU 3.6 di Batu 24 Kuala Berang, Hulu Terengganu tengah hari tadi untuk menziarahi almarhum selepas merasmikan program itu. – HARAKAHDAILY 20/5/2017

tuanib

- Advertisement -