Projek Lembah Binjai ambil kira pandangan penduduk

- Advertisement -

RANCANGAN kerajaan negeri untuk membangunkan projek Lembah Binjai di Kubang Kerian akan dilakukan secara berperingkat dengan keluasan 45 ekar sebagai permulaan di zon A, di Mukim Chepa.

- Advertisement -

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Demit, Mumtaz Md Nawi berkata, projek tersebut hanya melibatkan kira-kira 12 kediaman penduduk.

Katanya, projek itu bukan dilaksanakan sekali gus di kawasan seluas 250 ekar seperti yang cuba digambarkan sesetengah pihak.

“Lagi pun projek itu belum muktamad lagi. Sekarang masih lagi di peringkat perbincangan.

Kalau tidak setuju penduduk terlibat  boleh mengemukakan surat dan kita cuba meminta kerajaan tidak melibatkan mereka,” katanya pada program ceramah di Simpang Empat Binjai,  Kubang Kerian di sini semalam.

Sebelum ini parti serpihan iaitu PAN membantah projek tersebut dengan menganggap ia boleh menjejaskan penduduk.

Mumtaz yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, projek di Mukim Chepa hanya sebagai permulaan sebelum diteruskan ke lokasi lain.

Menurutnya juga sesetengah penduduk terlibat awal-awal lagi menyatakan persetujuan terhadap pengambilalihan tanah mereka biar pun projek itu belum lagi dibawa bagi kelulusan merancang.

“Rakyat sedar mereka akan menikmati hasil daripada pembangunan lembangan Sungai Pengkalan Datu terutamanya berkaitan aktiviti pelancongan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 20/5/2017

- Advertisement -