MASJID Lama Gopeng dengan kerjasama PAS Cawangan Gopeng hari telah menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf sempena kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi.
Di atas dasar keprihatinan serta menitikberatkan isu kebajikan asnaf kepada penduduk tempatan penyampaian sumbangan tersebut dapat meringankan sedikit persediaan menyambut Ramadan.
Program sumbangan itu sudah menjadi rutin tahunan bagi pihak AJK Masjid Lama Gopeng beserta PAS Kawasan Gopeng sebagai salah satu jalinan silaturrahim yang memberi kesan suasana kasih sayang antara masyarakat setempat. – HARAKAHDAILY 20/5/2017
- Advertisement -