Dr Khazani: PAS Perak ucap takziah

- Advertisement -

BADAN Perhubungan PAS Perak merakamkan ucapan takziah buat isteri dan ahli keluarga Almarhum Prof. Dr. Khazani Abdullah atas pemergian Allahyarham bertemu Maha Pencipta.

- Advertisement -

Semoga Almarhum ditempatkan bersama golongan hamba yang Allah SWT yang dianugerahkan keredhaan-Nya.

Pemergiannya adalah satu kehilangan besar buat PAS atas sumbangan idea dan strategi terutama dalam memastikan keberjayaan BPMS yang diaplikasikan sehingga kini.

Sumbangannya dapat memperkukuhkan PAS dalam mendepani politik semasa tanah air yang makin mencabar.

Kehilangan peranaan serta sumbangan kemahiran Almarhum diharap dapat diwarisi oleh generasi penggerak gerakan dakwah serta menjadi satu kebaikan kepada Islam.

Semoga pihak keluarga Almarhum bersabar atas kehilangan ini.

RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya PAS Perak – HARAKAHDAILY 20/5/2017

- Advertisement -