Renung kembali silap beri undi kepada Umno

- Advertisement -

RAKYAT Terengganu digesa merenung kembali kesilapan mereka memberi undi kepada Umno yang kemudiannya melakukan kejahatan kepada rakyat pula.

- Advertisement -

“Semoga Islam yang PAS bawa akan menyelamatkan negeri ini dari Umno meneruskan kerja-kerja tidak amanah mereka, insya Allah,” kata Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

hrpJusteru, beliau menjemput rakyat negeri itu ke program Harap-PGU 3.6 yang berlangsung di Jalan Batu 24, Pekan Kuala Berang yang bermula semalam hingga esok.

“Anda semua insya Allah akan dihidangkan dengan pelbagai program kesedaran bagi melihat dunia politik Malaysia yang sedang mengalami kesakitan akibat perbuatan tangan-tangan Umno dan sekutunya yang menjarakkan pemerintahan negeri dan negara daripada Islam,” ujarnya.

Menurutnya, PAS dengan penuh kesedaran dan bertanggungjawab mengajak rakyat sekalian mengubah minda bagi memberikan kepercayaan kepada Islam untuk memerintah Tetengganu.

Katanya, di bumi Kuala Berang, Allah telah mentaqdirkan pada suatu waktu dahulu telahpun dijalankan hukuman Allah yang membuktikan bahawa hukuman Allah ini universal telah tersebar ke seluruh alam, bukan terperap dan sesuai bagi orang Arab sahaja seperti dakwaan pembenci Islam.

Tambahnya, rakyat boleh melihat sendiri monumen-monumen di Tasik Kenyir yang membaham duit rakyat, tinggal terbiar kerana tiada rasa tanggungjawab oleh pemimpin Umno.

Beliau yang juga Adun Bukit Payong berkata, para pemimpin Umno hanya mahukan projek dan selebihnya tiada mereka hiraukan.

“Jom ke Harap-PGU 3.6, insya Allah Kuala Berang bakal menjadi saksi perubahan anda lakukan di negeri Tetengganu yang kita cintai ini,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 19/5/2017

- Advertisement -