Daftar pemilih, PAS akan jumpa SPR

- Advertisement -

PAS akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke atas isu pemberhentian edaran daftar pemilih kepada parti politik dan berlakunya perpindahan pengundi secara besar-besaran.

- Advertisement -

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu telah membuat keputusan  bagi membantah tindakan SPR itu malangnya PAS mendapati berlaku pemindahan pengundi secara besar-besaran melampaui peraturan dan udang-undang.

“Kita akan ambil tindakan susulan bagi memastikan peraturan dijalankan dengan sempurna. Satu pertemuan akan dibuat dengan parti.

“Dalam masa yang sama kita minta seluruh 195 kawasan, PAS yang ada pada hari ini dan DUN-DUN dapat memberi perhatian terhadap daftar pemilih yang diterima sekarang,” katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS.

Bercakap kepada media selepas Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat hari ini, beliau mahu rakyat melihat sejauhmana perancangan BN pada hari ini dan menjangkakan isu ini akan menjadi lebih besar khususnya dalam perkara daftar pemilih.   

Turut bersama di dalam sidang media itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan dan AJK PAS Pusat Abdullah Hussin dan Datuk Dr Fadzli Hassan. – HARAKAHDAILY 18/5/2017

- Advertisement -