PAS Kuala Kangsar nafi 42 ahli keluar parti

- Advertisement -

BERHUBUNG dengan laporan akhbar Sinar Harian beberapa hari lepas dengan tajuk “42 Ahli PAS ambil keputusan sertai Amanah”. Berikut adalah kenyataan rasmi dari kami PAS Kuala Kangsar:-

- Advertisement -

1. Kenyataan yang dikatakan seorang ahli bernama Mohd Hamka yang sudah 40 tahun bersama PAS sejak tahun 1977 adalah sesuatu yang bercanggah dengan realiti sebenarnya kerana Mohd Hamka menurut rekod yang kami ada baru menjadi ahli PAS pada  13.12.1998 dengan No keahlian: 0519536.

2. Dakwaan beliau sebagai ahli PAS Cawangan Jeliang juga tidak benar dan beliau adalah ahli Cawangan Ara Panjang.

3. Selain itu kami juga ingin menafikan kenyataan yang mengatakan bahawa Mohd Hamka adalah penggerak parti sedangkan beliau adalah ahli yang tidak aktif dan tidak memegang apa-apa jawatan.

4. Kami juga ingin mengesahkan bahawa hanya beliau seorang sahaja yang keluar dari PAS bukannya 42 orang seperti yang didakwa.

5. Kami juga ingin memaklumkan bahawa PAS Kuala Kangsar sudah berada dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi PRU yang bakal menjelang.

6. Kami akan bergerak terus ke hadapan bersama Gagasan Sejahtera  dan mematuhi keputusan Majlis Syura Ulamak yang membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR. PAS membawa misi yang jelas dalam kancah politik negara iaitu berusaha untuk menumbangkan Umno dan BN dalam PRU yang akan datang dengan menawarkan Islam sebagai dasar parti. Apapun parti politik, persatuan dan NGO yang bersedia menerima  dan menghormati Islam yang kami perjuangkan sentiasa kami buka pintu untuk bersama  Blok ke-3 sedang diperkuatkan.

idhamlim7. Berita yang mengatakan sejumlah besar ahli PAS keluar parti biasanya menjadi mainan Umno dan BN bila hampirnya pilihan raya namun sekali ada pihak yang lain mendahului.

8. PAS Kuala Kangsar akan sentiasa diperkuatkan dengan jumlah keahlian yang semakin bertambah bukannya berkurang seperti yang didakwa.

Dato’ Drs Khalil Idham Lim
Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kangsar

- Advertisement -