Pasti cuti sempena Hari Guru

- Advertisement -

SEMPENA Hari Guru hari ini, Jabatan Pasti Kelantan mengadakan sambutan hari guru di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan. Program itu diadakan pada 16 Mei setiap tahun.

- Advertisement -

Pengarahnya, Mohd Ariff Abdullah berkata, tarikh tersebut diumumkan sebagai hari cuti kepada lebih kurang 850 tenaga pengajar Pasti di seluruh Kelantan.

Menurutnya, sambutan itu diadakan bagi memberi penghargaan terhadap jasa guru Pasti, selain mengeratkan hubungan silaturahim serta berkenalan dalam kalangan mereka.

“Program ini merupakan aktiviti sukaneka termasuk memanah, bola jaring dan kupas epal. Turut diadakan anugerah kepada guru.

“Anugerah Tokoh Guru Pasti Negeri, Anugerah Guru Cemerlang diberi kepada dua penerima. Manakala 14 Anugerah Guru Khidmat Lama dan Anugerah Jasamu Dikenang,” katanya di Kota Bharu.

Beliau ditemui selepas perasmian Hari Guru Pasti Kelantan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi.

Di Kelantan terdapat sebanyak 315 Pasti dengan pelajar lebih 15,500 termasuk dua Pasti Elit di Kota Bharu dan Tunjung. – HARAKAHDAILY 16/5/2017

Pasti putik 2

- Advertisement -