PAS Kelantan sesi 2017-2019 pasukan hadapi PRU

- Advertisement -

PAS Kelantan mengekalkan senarai anggota-anggota jawatankuasanya sebelum ini bagi sesi 2017-2019. Ia diputuskan pada mesyuarat khas hari ini.

- Advertisement -

Datuk Mohd Amar Abdullah kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) PAS I. Begitu juga Datuk Dr Johari Mat (TPJ II) dan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan (TPJ III).

Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, mesyuarat khas itu juga bersetuju mengekalkan Datuk Che Abdullah Mat Nawi sebagai Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri.

“Semoga pasukan ini berupaya dapat meneruskan kesinambungan kerajaan negeri selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14.

“Prestasi kerja mereka begitu baik di mana mampu bekerja dalam satu pasukan,” ujarnya ketika ditemui selepas mesyuarat khas itu di Kota Bharu.

Jawatan lain yang dikekalkan iaitu Datuk Hanifa Ahmad sebagai bendahari, Datuk Mohd Nassuruddin Daud (Ketua Penerangan) dan Zulkifli Mamat (Pengarah Pilihanraya).

Manakala Ustaz Wan Roslan Wan Hamat (Penolong Setiausaha I), Dr Wan Nik Wan Yussof (Penolong Setiausaha II) dan Ustaz Mohd Ashaari Mohd Zain (Penolong Setiausaha III).

Mesyuarat berkenaan bermula jam 2.45 petang dan berakhir 4 petang.

Oleh itu beliau yang juga Menteri Besar berharap semua anggota jawatankuasa PAS Kelantan meneruskan gerakerja dengan lebih pro aktif mempertahankan kerajaan Kelantan.

Mesyuarat terbabit juga dihadiri Yang Dipertua dan setiausaha PAS dari 14 kawasan di Kelantan. Selain itu ketua dan setiausaha Dewan Ulama, Dewan Muslimat serta Dewan Pemuda.

Selain itu tujuh ahli Perhubungan PAS Kelantan yang dilantik iaitu Datuk Abdullah Ya’kub, Mumtaz Md Nawi, Datuk Anuar Tan Abdullah, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman, Nik Bahrum Nik Abdullah, Datuk Dr Ramli Mamat dan Ustaz Mohd Asri Daud. – HARAKAHDAILY 16/5/2017

- Advertisement -