Guru pembentuk generasi rabbani

- Advertisement -

GURU Ibarat Lilin… Memamg ini perumpamaan yang dekat dengan sifat seorang guru,  dia membakar diri menerangi kegelapan malam.

- Advertisement -

Namun siapa sahaja yang tahu kepenatan, jerih perit seorang guru pada ketika ini berdepan cabaran mendidik anak bangsa.

Apatah lagi dengan pelbagai dasar bertukar ganti setiap kali tukarnya Pak Menteri. Mereka yang membuat dasar secara sewenang mendesak guru segera mengaplikasi dasar baharu hingga guru juga terkorban,  berdepan tekanan.

Anak, isteri atau suami sudah kerap kali menjadi perkara kedua dalam hidup mereka kerana memfokuskan diri kepada kerjaya yang mulia ini.

Setiap tahun, tanggal 16 Mei merupakan hari yang bermakna bagi menunjukkan perhargaan yang tidak terhingga buat insan bergelar guru yang tabah dan gigih dalam mendidik serta mempersada ilmu pengetahuan.

Tidak sedikit pengorbanan para guru saban hari melayan pelbagai kerenah anak didik di samping bebanan rutin kerja harian yang pastinya memenatkan.

Kami di Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan amat menyanjung tinggi tugas guru apatah lagi guru kerjaya mulia yang mana dalam sirah Nabi meletakkan Rasulullah SAW  Ikon seorang guru yang berjaya mendidik umat manusia menjadi insan yang berilmu dan bertakwa kepada Allah.

Lahirnya Perdana Menteri,  menteri,  wakil rakyat,  dan mereka yang tersohor, sanada profesor, jurutera,  doktor, dan segala kepakaran lain juga bermula dengan didikan guru, dengan izin Allah tanpa insan bergelar guru.

Masakan mereka semua mampu meniti kejayaan bergelar orang ternama tanpa didikan awal seorang guru.

Ini membuktikan sumbangan guru bukan kecil nilainya dalam rangka membentuk generasi terbilang yang pastinya menghasilkan masa depan bangsa, negara dan ummah yang gemilang.

Mahu tidak mahu, kita semua akui kerjaya seorang guru berdepan pelbagai rencam sama ada sikap masyarakat yang terkadang kurang memberi galakan,  malah menyerahkan sepenuhnya kepada guru dan mengibaratkan guru sebagai ‘penjaga anak’menjadikan mereka semakin tertekan.

Kepada kerajaan yang memerintah,  jangan dilupai jasa guru ini kerana yang memerintah ini juga sebelum ini dilatih dan diasuh insan bergelar guru.

Berikan perhatian kepada kebajikan mereka,  samada perubahan elaun,  skim gaji yang lebih baik dengan peralihan yang lebih sesuai berdasarkan tekanan dan kerja buat guru ketika ini.

Kepada insan yang bergelar guru, teruskan usahamu mendidik anak bangsa. Biar terbakar umpama lilin menerangi kegelapan,  biar jasamu terus menjadi bukti melahir anak bangsa, demi nusa, bangsa dan agama-Nya.

Selamat Hari Guru

KHAIRUL YAZMAN YAHYA
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan – HARAKAHDAILY 16/5/2017

- Advertisement -