TGHH jalani rawatan intensif di hospital

- Advertisement -

ADALAH dimaklumkan bahawa Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang akan menjalani rawatan intensif di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada hari Selasa 16 Mei 2017.

- Advertisement -

Sehubungan dengan itu saf kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin mengajak seluruh ahli dan penyokong untuk sama-sama berdoa dan menunaikan solat hajat memohon pertolongan Allah, agar Tuan Guru menjalani rawatan dengan jayanya, di kurniakan kesembuhan, kesihatan dan kekuatan untuk terus memimpin dan membawa mesej perjuangan Islam ke serata dunia.

Maklumat rasmi dari parti akan disampaikan dari masa ke masa mengikut keperluannya. Pihak keluarga dan parti ingin mengucapkan terimakasih kepada semua pihak kerana memberi ruang rehat secukupnya kepada Tuan Guru dengan tidak menziarahi beliau di waktu ini.

DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS – HARAKAHDAILY 15/5/2017

- Advertisement -