Selamat Hari Jururawat

- Advertisement -

TIDAK ramai yang peduli dan tahu bahawa Jururawat adalah antara entiti terpenting khidmatnya dalam sektor kesihatan di negara ini memandangkan ia kerjaya yang tidak sepopular peguam, doktor dan jurutera.

- Advertisement -

Namun peranan golongan ini cukup ditagih dan diperlukan apatah lagi mereka juga merupakan nadi utama kepada pada doktor di hospital dalam urusan merawat pesakit dan seterusnya menguruskan rawatan pasca khidmat doktor, apatah lagi jururawatlah sebenarnya yang sentiasa berada bersama pesakit setiap masa di hospital.

Peranan mereka besar dalam mempastikan pesakit dapat khidmat yang baik dan rawatan susulan selepas setiap doktor melakukan pemeriksaan atau sebarang pembedahan.

Masihkah kita ingat bahawa tanggal 12 Mei setiap tahun, merupakan detik terpenting bagi meraikan jururawat ini? Atau kita membiarkan ianya berlalu begitu sahaja tanpa kita merasai perit jerih insan yang menabur bakti di medan kesihatan ini siang dan malam, bekerja syif dan lebihan masa bagi mempastikan pesakit kembali sihat dan mampu mengorak senyum.

Khidmat mereka ini tiada galang ganti, anak dan suami mereka menahan rasa tatkala malam menjelma mereka masih di hospital berkhidmat untuk nusa bangsa.

Insan insan ini teguh hatinya, ikhlas jasanya. Merekalah Jururawat!

Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan dengan itu mengucapkan Selamat Hari Jururawat kepada seluruh jururawat yang bertungkus lumus berkhidmat di negara ini. Tidak kira di sektor mana,  jasamu tetap menjadi sanjungan.

Sehubungan dengan itu, maka DPPN9 mahu menyarankan agar kerajaan memberi perhatian khusus kepada golongan jururawat khasnya soal kebajikan mereka agar hidup insan yang berhati mulia ini sedikit sebanyak terbela. Buat permulaan ini,  kerajaan harus mempertimbangkan kenaikan elaun, gred dan gaji mereka ke tahap yang lebih baik sejajar dengan khidmat mereka.

Kepada para jururawat pula, khidmatlah dengan ikhlas dan terus berbakti demi agama dan negara apatah lagi kerja mulia ini akan menjadi pahala berpanjangan andai dijalankan dengan ikhlas.

SELAMAT HARI JURURAWAT BUAT SEMUA INSAN INSAN BERGELAR JURURAWAT

KHAIRUL YAZMAN YAHYA
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan
15 Syaaban 1438 / 12 Mei 2017 – HARAKAHDAILY 12/5/2017

- Advertisement -