Skuad Cakna Dun ziarah pesakit terlantar

- Advertisement -

PENDUDUK yang terlantar sakit agak bertuah apabila mereka diziarahi Skuad Cakna Dewan Muslimat yang turut disertai wakil rakyat.

- Advertisement -

Baru-baru ini skuad tersebut di Dun Gaal yang diketuai Dzukaidah Ali Muhammad melawat enam keluarga penduduk di Kampung Padang Genaras, Bukit Yong dan kampung berdekatan yang terlantar sakit.

Skuad tersebut disertai lebih 10 muslimat Dun menziarahi pesakit di samping bertanya khabar kesihatan pesakit.

Adun Gaal, Tuan Mazlan Tuan Mat berkata kunjungan Skuad Cakna sentiasa diadakan dari semasa ke semasa bagi menziarahi pesakit yang terlantar sakit.

Katanya kunjungan tersebut untuk bertanya khabar mengenai kesihatan mereka dan dapat merapatkan hubungan silaturahim dengan keluarga mereka.

“Maklumat mengenainya diberitahu penduduk kepada penghulu di kawasan masing-masing bagi membolehkan skuad cakna menyusun jadual lawatan.

“Orang ramai kena beritahu kepada penghulu dan dia akan maklumkan kepada Skuad Cakna Muslimat untuk kita ziarah,” katanya ketika ditemui di Pasir Puteh.

Dzukaidah pula berkata, penghulu yang mendapat maklumat mengenai penduduk yang terlantar sakit akan memaklumkan kepada skuad cakna sebelum program ziarah diadakan.

“Sebab itulah dalam isu ini penghulu kena sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Kita turun ziarah selalu supaya rakyat yang sakit tidak terlepas pandang,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Muslimat Dun Gaal berkata, kehadiran wakil rakyat di rumah keluarga yang terlantar sakit dapat mengeratkan lagi hubungan pemimpin dan rakyat.

Menurutnya juga pada kunjungan itu skuad cakna turut memberi sedikit saguhati bagi membolehkan mereka membeli keperluan perubatan. – HARAKAHDAILY 11/5/2017

- Advertisement -