Exco dari PAS jalan tugas seperti biasa

- Advertisement -

EXCO Kerajaan Selangor daripada PAS akan terus menjalankan tugas seperti yang diamanahkan rakyat menerusi mandat Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan memberikan sokongan penuh kepada kerjasama kepimpinan sedia ada.

- Advertisement -

Exco kanan kerajaan negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad dalam kenyataan berkata, usaha membela rakyat menerusi program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) akan diteruskan dengan jayanya selain mahu mengekalkan kestabilan di Selangor.

“Terdapat banyak khabar-khabar angin tentang kedudukan PAS di dalam Kerajaan Selangor, maka demi kestabilan kerajaan negeri ditegaskan di sini bahawa PAS masih bersama di dalam kerajaan negeri yang mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

“Oleh demikian, Exco-Exco PAS akan menjalankan tugas mereka seperti biasa dan memastikan semua program-program kerajaan negeri seperti Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

“Dengan itu, kami memberi sokongan kepada kerjasama dan persefahaman serta kepimpinan yang sedia ada untuk memastikan rakyat Selangor dapat menikmati kestabilan dan pembelaan berterusan,” katanya dipetik SelangorKini, semalam.

Naib Presiden PAS itu menegaskan, Exco kerajaan negeri juga akan terus memainkan peranan yang aktif dan berkesan di dalam kerajaan selari dengan komitmen yang telah diberikan untuk mendukung prinsip serta dasar kerajaan negeri sejak Mac 2008.

- Advertisement -