Atasi parkir bawah tanah dimasuki limpahan air

- Advertisement -

KERAJAAN negeri belum menerima aduan rasmi berkaitan banjir kilat yang melanda beberapa parkir di bawah bangunan di Kota Bharu, Ahad lepas.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, tiada aduan rasmi berkaitan diterima setakat ini.

Bagaimanapun katanya hujan yang turun pada hari berkenaan begitu lebat, di luar jangkaan.

Fattah“Saya percaya pihak terbabit mengambil tindakan tertentu untuk mengatasi masalah itu daripada berulang pada masa akan datang,” katanya di Kota Bharu hari ini.

Ahad lalu kawasan parkir di bawah bangunan Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan di Jalan Padang Garong dilanda banjir kilat selepas air longkang melimpah.

Beberapa kenderaan yang diparkir di situ tenggelam. Bagaimanapun keadaan kembali pulih selepas TNB mengepam air keluar.

Abdul Fattah turut memuji kenyataan Pengurus Besar TNB Kelantan, Datuk Ir Md Yuslan Md Yusof yang menasihati orang ramai tidak menyalahkan mana-mana pihak terhadap yang berlaku.

“Orang ramai usah mengeluarkan kenyataan negatif berkaitan perkara itu. Sebaliknya kita sama-sama berusaha membantu agar ia tidak berulang,” ujarnya. – HARAKAHDAILY  9/5/2017

- Advertisement -