Doket pasir meningkat RM9 juta setahun

- Advertisement -

KERAJAAN negeri dijangka dapat memunggut doket daripada pengeluaran pasir sehingga mencecah RM9 juta setahun.

- Advertisement -

Hasrat itu bakal menjadi kenyataan dengan wujudnya Konsortium Pengusaha Pasir Lestari Sdn Bhd yang menggabungkan pengusaha-pengusaha pasir di Kelantan.

Pengarah Urusan konsortium terbabit, Din Che Mat berkata dalam tempoh setahun jumlah doket yang dibayar pengusaha pasir kepada kerajaan negeri dijangka meningkat daripada RM500,000 kepada RM6 juta tahun hadapan.

Katanya seramai 48 pengusaha pasir yang bergabung di bawah konsortium tersebut membayar royalti pasir antara RM15,00 sehingga RM30,000 sebulan.

“Katakan kita ambil purata RM15,000 sebulan dan kali dengan 50 orang pengusaha, dalam tempoh sebulan sahaja kita dapat RM750,000.

“Ini merupakan hasil doket yang dibayar oleh pengusaha pasir kepada kerajaan negeri,” katanya di majlis kesyukuran dan perasmian konsortium itu di Kota Bharu hari ini.

Program yang diadakan di Tunjung Banquet itu dirasmikan anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Ramli Mamat.

Turut hadir Timbalan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri  Kelantan, Azman Awang dan wakil Pejabat Tanah dan Galian. – HARAKAHDAILY 8/5/2017

- Advertisement -