Ribat 3.0: Warkah buat Jabatan Amal Selangor

- Advertisement -

JABATAN Amal Malaysia telah menjangkau 26 tahun umurnya. Ditubuhkan pada 1991 hingga kini bergerak berkhidmat buat jamaah dan ummah.

- Advertisement -

Jabatan Amal menjadi bukti sebuah ketumbukan jamaah yang berdiri ikhlas dengan disiplin dan izzah mempertahankan jamaah serta berkhidmat tanpa mengenal erti penat lelah.

Anggota Amal yang merupakan ansorullah wajib dilatih dan disediakan bukan sahaja dari sudut disiplin tetapi dilengkapkan:
i) Kesatuan Fikrah
ii) Ribat jiwa, amal dan ukhuwwah
iii) Kukuh hubungan dengan Allah SWT

Justeru, Anggota Amal perlu dihiasi dengan “muwasofat Amilin” yang jiwa mereka senantiasa membuak-buak untuk melunaskan arahan jemaah dan kepimpinan. Cermatilah kalam dengan wahyi, hujanilah qalbu dengan Allah, ianya membuka seribu langkah keikhlasan mengintai mardhotillah.

Bagi pihak kepimpinan DPPNS kami mengucapkan jazakumullahu khairan atas khidmat kalian pada muktamar baru-baru ini. Moga Ribat 3.0 akan mengikat hati kita semua untuk terus istiqomah memperjuangkan agama Allah SWT

Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
Wahai orang-orang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (Surah Muhammad: Ayat 7)

Syarhan Humaizi Abdul Halim
Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor
9 Syaaban 1438H | 6 Mei 2017

- Advertisement -