Melahir insan seni jiwa dakwah

- Advertisement -

TANGGAL  6 Mei,  sewaktu berdakwah melalui seni di Medan,  Indonesia, saya menerima mesej para sahabat, tahniah dan takziah kerana saya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Lajnah Kesenian  dan Kebudayaan PAS Pusat.

- Advertisement -

Bergandingan dengan senior, Dr Riduan Mohammad Nor selaku Pengerusinya. Satu amanah yang berat, namun  bagi saya jalan dakwah semakin terbuka luas, apatah lagi seni ini sebati dalam jiwa.

Usai Konsert Kesenian Islam bergandingan bersama Ustaz Roslan Md Esa dan Ustaz Najhan Halim,  kami bersiap untuk pulang ke Malaysia dan ketika itulah mesej bertalu talu diterima.

“Nampaknya UMC boleh terus menyanyi dan berkarya dakwah, telahan seorang sahabat melalui mesej membuka minda dan mencerdas akal untuk  terus bergerak bersama jalan Islam yang dirintis para Ulamak selama ini.

PAS tidak pernah anti seni atau kebudayaan. Malah PAS kini disertai para artis, budayawan dan yang sewaktu denganya.

Abang Bob Lokman, Zuar XPDC, dan ramai lagi sudah menyertai platform ini menyusur jalan dakwah yang dibina PAS sekian lama.

Saya pernah melalui jalan seni walaupun ketika duduk di Lajnah Dakwah PAS Pusat selaku Setiausaha.

Pernah bergandingan dengan Derry Sulaiman, Mas Opick, Rayhan Kangen Band dan anak-anak Band yang telah ber hijrah.

Pernah merentas jalanan mencari pemuzik jalanan untuk ditiup roh dakwah kepada mereka kaki Busking.

Semuanya menuju jalan dakwah kerana istimewanya PAS adalah juga parti yang menitikberatkan dakwah.

Tiga tonggak PAS iaitu Siasah, Dakwah dan Tarbiyah sebenarnya luas dan boleh dirintis pelbagai kaedah termasuk seni.

Insya-Allah saya akan berjalan dalan nuansa dakwah melalui seni kali ini. Doakan kami berjalan membantu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan Istiqamah menuju kemenangan. – HARAKAHDAILY 6/5/2017

- Advertisement -