Salahkah pemimpin PAS hadir program kerajaan?

- Advertisement -

SEMUA tak kena apabila Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHH) dan pimpinan PAS hadir di dalam program anjuran kerajaan, walaupun bukan anjuran Umno. Bermula dengan Multaqa Ulamak anjuran Persatuan Bekas Mahasiswa Timur Tengah. Kedua program solidariti untuk Rohingya. Ketiga, program  Food flotilla for Rohingya dan keempat TGHH bersama program Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Marang.

- Advertisement -

Salahkah PAS, berdosakah PAS yang hadir ke dalam program anjuran kerajaan? Salahkah PAS mengambil pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) untuk bersama-sama agensi kerajaan, bukan program parti? Sepanjang Muktamar Tahunan PAS ke-63, adakah pemimpin PAS tidak kritik kerajaan dan BN? Hanya orang  yang cacat penglihatan dan pendengaran sahaja yang berkata demikian.

Hatta pertemuan antara G to G pun tidak boleh, terus dilabel UG. Label inilah seolah-olah ma’thurat golongan ini sejak 2008. Ertinya semua pemimpin PAS tidak boleh, mereka boleh. Kalau mereka buat, ini “engagement”. Kalau PAS  buat dilebel UG. Yang paling lucu, ada yang mengatakan pemimpin PAS akan disambar oleh api neraka kerana sepentas dengan pemimpin Umno. Mereka membaca ayat al-Quran  bermaksud, “Jangan kamu condong kepada kezaliman, maka kamu akan disentuh oleh api neraka”.

PAS tidak pernah cemburu kalau ada di kalangan pemimpin PH bersama dengan pemimpin Umno. Malahan kita tahu ada pertemuan di London satu masa ketika dahulu bersama dengan pimpinan tertinggi Umno. Malah hendak ajak TGHH bersama di dalam pertemuan tersebut, tetapi TGHH tidak pergi, kalau tidak nahaslah. PAS tidak ambil kisah hal pertemuan itu, kerana kita faham ini pertemuan biasa. Almaklumlah, kita rai kerana mereka masih ada DNA dengan Umno sebelumnya.

Apa yang pelik dalam masa yang sama, mereka  menuduh PAS diresapi dengan pengaruh IS, Taliban, Daesh. Kalau ini pendekatan PAS, maka PAS tidak tidak akan hadir program kerajaan. PAS tidak akan mengambil pendekatan demokrasi. Kalau hendak tuduh PAS biarlah jangan flip flop. Satu ketika PAS berUG, satu ketika PAS pula diresapi kumpulan Daesh. Mana satu yang betul?

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
8 Syaaban 1438 / 5 Mei 2017 – HARAKAHDAILY 5/5/2017

- Advertisement -