Pemuda PAS Selangor santuni Bomba

- Advertisement -

DEWAN Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) dan Jabatan Amal Negeri Selangor (JANS) mengadakan lawatan ke Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Shah Alam pagi tadi sempena Hari Bomba Sedunia.

- Advertisement -

Rombongan diketuai Ketua DPPNS, Ustaz Syarhan Humaizi Halim disambut oleh Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Hassan Asa’ari Omar.

Rombongan disertai Pengarah JANS, Shehdi Hazrik, Damanhuri Dol (Setiusaha DPPNS) dan wakil DPPNS dengan mengadakan perbincangan, bertukar pandangan dan mengambil nasihat berjalan dengan baik.

Ketua Lajnah Penerangan DPPNS, Mohd Shukri Omar berkata seiring dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera, dewan pemuda negeri bergerak menyantuni kakitangan kerajaan.

Katanya, perjuangan isu skim gaji anggota Bomba dan Penyelamat akan terus diperjuangkan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia sebagaimana kenyataan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi sebelum ini.

“Semoga kunjungan itu akan terus berlangsung pada masa akan datang,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 5/5/2017

bomba4

 

- Advertisement -