Lengkapkan Bomba dengan teknologi canggih

- Advertisement -

HARI Anggota Bomba Sedunia yang disambut pada 4 Mei semalam mempunyai sejarah tersendiri. Mengapa ia dipilih pada tanggal 4 Mei. Ia telah diperkenalkan selepas cadangan melalui e-mel di seluruh dunia pada 4 Januari 1999 kerana kematian lima anggota bomba dalam keadaan tragis dalam kebakaran semak belukar di Australia. 4 Mei digunakan untuk menjadi Hari Anggota Bomba tradisional di kebanyakkan negara Eropah, kerana ia adalah hari Saint Florian, penaung saint petugas pemadam kebakaran.
 
St Florian diperingati dalam Martyrology Roman pada 4 Mei, St. Florian telah dianggap sebagai penaung Poland serta Linz, Upper Austria dan anggota bomba. Terdapat pengabdian popular St Florian di banyak tempat di Eropah Tengah, dan tradisi mengenai kematiannya, tidak jauh dari tempat di mana Enns mengalir ke dalam Danube, adalah kisah lama dan boleh dipercayai. Banyak mukjizat penyembuhan yang dikaitkan dengan syafaat beliau dan dia dipanggil sebagai pelindung berkuasa dalam bahaya kebakaran atau air. Hari perayaan beliau ialah 4 Mei.
 
Hari Anggota Bomba Sedunia yang disambut pada 4 Mei adalah hari mengucapkan terima kasih kepada semua anggota bomba di atas komitmen yang luar biasa, keberanian yang luar biasa dan tidak mementingkan diri sendiri demi menjalankan tugas menyelamatkan nyawa dan harta benda.
 
Misi Bomba “Memberi Perkhidmatan Kebombaan dan Penyelamatan yang Profesional bagi menyelamatkan nyawa dan harta benda demi kesejahteraan rakyat.”
 
Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia (JBPM) mempunyai objektif untuk memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan.
 
Sarawak mempunyai keluasan tanah serta sukar bagi pihak bomba untuk menjalankan tugas terutama di kawasan pedalaman dan luar bandar. Untuk sampai ke tempat kejadian memakan masa yang lama dan pihak berwajib perlu memperbanyakkan lagi balai bomba di kawasan yang berkenaan.
 
Dalam era global ini kenderaan bomba perlu ditambah dan dilengkapi dengan peralatan yang lebih moden dan canggih untuk mencegah kemalangan jiwa dan kehilangan harta benda. Kami mengesa pihak berwajib memberi lebih perhatian kepada masalah yang dihadapi oleh pihak bomba agar mereka dapat menjalankan tugas dengan selesa dan selamat. Lengkapkan peralatan bomba dengan teknologi canggih untuk mencapai misi dan objektif memberi khidmat kemanusian dengan lebih cekap dan berkesan.
 
PAS merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Anggota Bomba Sedunia 2017 kepada seluruh pegawai, anggota dan kakitangan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang komited dalam menjalankan tugas. Jasa mereka menjalankan tugas tanpa mengira masa dan waktu dalam usaha menyelamatkan nyawa dan harta benda amat dihargai.
 
JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS, Sarawak – HARAKAHDAILY 5/5/2017

- Advertisement -
- Advertisement -