Harap-PGU 3.6 di Kuala Berang 18-20 Mei

- Advertisement -

HIMPUNAN Harapan Semua PAS Ganti Umno Kali Keenam (Harap-PGU 3.6) akan diadakan di bandar Kuala Berang pada 18, 19 dan 20 Mei ini.

- Advertisement -

Yahaya AliSehubungan itu, Pengarah Harap-PGU 3.6, Yahaya Ali mengajak orang ramai khususnya penduduk daerah Hulu Terengganu untuk hadir beramai-ramai ke pogram tersebut yang akan diadakan di kawasan lapang di No. 385, Jalan Ajil-Kuala Berang, Kampung Batu 24, Kuala Berang.

Menurutnya, program tiga hari tiga malam ini akan dipenuhi dengan pelbagai program termasuk majlis ceramah, santai bersama ikon terkenal, program untuk orang muda, program kreativiti khusus untuk muslimat, ziarah masyarakat, rawatan perubatan, riadah Langkah Harap, karnival usahawan dan lain-lain program.

Beliau berkata, walaupun himpunan itu bermula pada hari Khamis malam, majlis perasmiannya akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada pagi Sabtu, 20 Mei.

Tambahnya, ia diikuti dengan jamuan rakyat pada sebelah tengah hari dan ceramah penutup akan diadakan pada sebelah malamya.

Katanya lagi, program Harap-PGU 3.6 adalah peluang terbaik kepada ahli dan penyokong PAS yang baru mendapat suntikan Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kedah untuk diterjemahkan bagi menjayakannya dalam konteks budaya politik matang dan sejahtera dan dengan tema ‘PAS Harapan Semua’ (Harap) serta slogan ‘PAS Ganti Umno’ (PGU).

“Kita mengharapkan masyarakat melihat dan menilai perjuangan PAS dengan pandangan yang lebih positif dan mampu menjadi ‘Kerajaan Menanti’ selepas pilihan raya akan datang,” jelas beliau dipetik Buletin Online.

Justeru itu, beliau berharap orang ramai mendapatkan kupon untuk penyertaan himpunan pada kali ini.

“Jualan kupon yang sedang beredar di seluruh cawangan-cawangan dapat dimanfaatkan oleh ahli dan penyokong PAS untuk membiayai program besar ini,” ujarnya lagi.

pgu36

- Advertisement -