Tahfiz khatam al-Quran di puncak gunung

- Advertisement -

SERAMAI 48 pelajar Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi di Bachok berjaya khatam al-Quran di puncak Gunung Stong, Kuala Krai.

- Advertisement -

Program kembara huffaz itu dibimbing sembilan guru bagi menjayakan program dua hari satu malam tersebut. Ia merupakan program kedua sejak mula diadakan tahun lalu.

Setiausaha program berkenaan, Mohd Aris Farizal Abdul Halim berkata, aktiviti itu diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar supaya mengamalkan bacaan al-Quran di mana sahaja.

Katanya program terbabit turut melibatkan perkhemahan santai dan kembara hufaz dengan memfokus kebesaran ciptaan Ilahi di puncak gunung.

“Tahun ini bilangan peserta meningkat berbanding tahun lalu. Kami mendidik mereka dengan program berdikari, mengurus diri dan bekerjasama antara satu sama lain,” katanya.

Gunung Stong mempunyai puncak air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara terletak di Kampung Jelawang, Dabong. – HARAKAHDAILY 4/5/2017

Hafiz gunung 2

- Advertisement -