Bahkan tuanlah yang sesat!

- Advertisement -

1. SAYA membaca kenyataan tuan di dalam laman Malaysiakini yang mendakwa bahawa PAS telahpun sesat daripada perjuangan politiknya apabila mengisytiharkan bahawa DAP adalah musuh utama. Ia disiarkan di dalam pautan berikut: https://m.malaysiakini.com/news/380900

- Advertisement -

2. Suka untuk saya membuat sedikit pencerahan kepada tuan bahawa kenyataan tersebut tidaklah disebut oleh mana-mana pimpinan utama di atas pentas muktamar PAS. Ia hanyalah kenyataan yang disebut oleh salah seorang perwakilan sahaja dan tidak bererti ia merupakan pendirian parti. Muktamar PAS berjalan dengan semangat demokratik dan membenarkan para perwakilan melontarkan pandangan tanpa perlu menggelarkan dirinya sebagai parti demokratik.

3. Namun, apabila tuan menyatakan bahawa PAS telah ‘sesat’ semata-mata kerana mengganggap DAP sebagai musuh utama, maka ia memerlukan kepada sedikit pembetulan. Hakikat yang sebenarnya, tuanlah yang telah sesat sebelum ini sehingga turut sama mengheret beberapa pihak yang sebelum ini di dalam PAS untuk ikut sama tersesat.

4. Bukankah tuan yang pada 18 November 2015 menyatakan bahawa “Supporting PAS now is the same as supporting Barisan Nasional (BN), a vote for PAS is a vote for BN..”? Kenyataan itu disiarkan oleh pelbagai media massa, antaranya di pautan berikut: http://m.thesundaily.my/node/338411

5. Sekali lagi pada 16 Mac 2016, tuan mengulangi kenyataan di atas dengan berkata,  “a vote for PAS ia a vote for Umno..” ketika mengulas gagasan sejahtera yang diumumkan oleh PAS bersama Parti Ikatan. Ia tersimpan kemas di pautan berikut: http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/a-vote-for-pas-is-a-vote-for-umno-guan-eng-suggests-as-new-pact-forms

4. Menyifatkan bahawa mengundi PAS sama dengan mengundi Umno secara realitinya telah mengisytiharkan PAS sebagai musuh kerana bukankah selama ini tuan tidak pernah berganjak dari menyatakan bahawa Umno ialah musuh utama? Bermusuh dengan Umno sehingga tidak boleh sama sekali pemimpin PAS sepentas dengan pemimpin Umno (walaupun tuan sendiri kelihatan makan semeja dan ia halal di sisi tuan dan rakan-rakan).

5. Itu belum mengambil kira pelbagai serangan yang ditujukan oleh tuan kepada PAS ketika kehangatan PAS bermuktamar. Bukankah tuan yang memutuskan hubungan dengan Presiden PAS pada ketika kita masih bergelar ‘rakan’? Bukankah itu nama tikam belakang ketika seluruh ahli PAS sedang menumpukan perhatian untuk bermuktamar?

6. Tuan,  ‘better to have an enemy who slaps you in the face than a friend who stabs you in the back..’, memiliki rakan seperti parti tuan yang terkenal dengan ‘arrogant’ adalah satu langkah yang amat merbahaya dan berisiko.

7. Padahal, PAS tidak pernah menyatakan sokongan kepada Umno/Barisan Nasional kecuali kebersamaan terpencil dalam isu-isu tertentu sahaja. Ucapan-ucapan para perwakilan menyatakan tidak setuju dengan dasar kerajaan Barisan Nasional jauh lebih banyak daripada menjadikan parti tuan sebagai sasaran.

8.  Percayalah, akan tiba masanya parti-parti yang berada di dalam Pakatan Harapan akan menyatakan tdak selesa mereka dengan parti tuan menjelang pilihan raya umum nanti.  Jika tuan masih berada di luar pada masa itu, tuan akan membenarkan telahan ini.

9. Selamat berjuang, our true enemy!

Ahmad Fadhli Shaari
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
2 Mei 2017 – HARAKAHDAILY 2/5/2017

- Advertisement -