Warkah terbuka buat Pemuda PAS Selangor

- Advertisement -

MUKTAMAR Dewan Pemuda PAS Malaysia serta PAS Pusat baru sahaja melabuhkan tirainya. Ahli PAS seluruh negera merasa nikmat dan keterujaan seakan baru sahaja keluar dari pesta atau temasya yang sarat dengan bicara ilmuwan dan ukhuwah yang luar biasa.

- Advertisement -

Bagi pemuda PAS, penghormatan dan kepatuhan akan membulat, setelah memperolehi tampuk kepimpinan yang baru bagi menerajui bahtera perjuangan pemuda pada hari ini.

Muktamar kali ini menjadi titik sejarah yang sangat indah. Penglibatan semua ahli pemuda Selangor dalam menjayakan muktamar dapat dikesan. Jabatan Amal Selangor terlibat secara langsung. Kor Medic yang bertugas di sepanjang perkampungan ahli PAS di sana. Ahli-ahli ARC Selangor dengan “team marshal” dan konvoinya menderumkan Kota Sarang Semut demi izzah perjuangan.

Lensa Pegawai Media yang merakam setiap detik perjalanan muktamar. Perwakilan dan pemerhati yang istiqamah hingga hujung. Begitu juga diserikan lagi perbahasan dengan sarat ilmu dan ketegasan oleh Ketua Penerangan DPPNS Al Fadhil Ustaz Sukri Omar melengkapkan kehadiran delegasi Pemuda Selangor ke Muktamar Pusat pada tahun ini.

Ucapan Tuan Guru Presiden dengan temanya “Sejahtera Bersama Islam”, tema Dewan Pemuda PAS Malaysia “Mara Menuju Cita” dan tema Dewan Pemuda PAS Selangor “Bersiaga Menuju Fathu” adalah gandingan yang perlu digarapkan oleh seluruh ahli PAS terutamanya Pemuda Selangor. Arahan serta harapan yang telah disampaikan wajib disambut dengan *”muwasofat amilin”* tanpa ada helah dan kerutan dahi yang mendukam.

Pemuda Selangor perlu tampil mengisi ruang kelayakan “nusroh” dari Allah. Nabi SAW pernah bersabda yang menyebabkan sahabat-sahabat berlumba-lumba memenuhi ruang kelayakan itu.

لَتُفْتَحَنَّ الْقُسْطَنْطِينِيَّةُ فَلَنِعْمَ الْاَمِيرُ اَمِيرُهَا وَلَنِعْمَ الْجَيْشُ ذَلِكَ الْجَيْشُ

“Sesungguhnya akan dibuka Kota Konstantinopel, sebaik-baik pemimpin adalah yang memimpin saat itu, dan sebaik-baik pasukan adalah pasukan perang saat itu”

Sudah barang pasti untuk mengisi ruang kelayakan itu memerlukan saff pemuda yang bersedia dari aspek:
i. Kesatuan fikrah
ii. Ribat jiwa, amal dan ukhuwah
iii. Kompetensi diri
iv. Kukuh “hablullah dan hablunnas”

Para pemuda perlu bersiaga. “Fathu” tidak akan datang menggolek. Nusroh Allah layak hanya bagi mereka yang menepati cirinya. Kerana Allah itu Maha Adil. Justeru ayuh pemuda Selangor, *BERSIAGA MENUJU FATHU*. Agar agenda Islam dapat direalisasikan.

SYARHAN HUMAIZI HALIM
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor
4 Syaaban 1438H | 1 Mei 2017 – HARAKAHDAILY 1/4/2017

- Advertisement -