Tahaluf PAS-PKR: MSU mesyuarat secepat mungkin

- Advertisement -

MAJLIS Syura Ulamak (MSU) akan mngadakan mesyuarat secepat mungkin bagi merungkai kekusutan tahaluf siasi yang menghubungkan PAS dengan parti-parti yang lain.

- Advertisement -

“Insya Allah keputusan yang dibuat sebelum ini mengikut ilmu siasah syariyyah sehingga kita ada hubungan dengan parti yang lain,” ujar Setiausaha MSU, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh ketika menyampaikan ucapan penggulungan pda Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, petang ini.

Katanya, keputusan yang dibuat itu adalah satu kematangan kerana ia adalah terjemahan ilmu siasah syariyyah yang menjadi tonggak kepada kemuliaan kepada PAS.

Beliau turut menyampaikan suara hati MSU apabila PAS memperkenalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) merupakan satu gagasan yang sangat besar yang menjadikan PAS mampu berada di landasan yang sebenar menuju kemenangan.

Justeru, beliau mengharapkan apa yang diputuskan oleh MSU dan kepimpinan PAS Pusat diberikan walak sepenuhnya untuk mendepani PRU14.

Semalam, para perwakilan muktamar bersetuju sebulat suara menerima usul tahaluf siyasi antara PAS dengan PKR diputus tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulamak berdasarkan kepada perlembagaan PAS. – HARAKAHDAILY 1/5/2017

- Advertisement -