Setiap cawangan perlu langgan Harakah

- Advertisement -

PENGERUSI Lembaga Pengarah Harakah, Ustaz Idris Ahmad berkata, sasaran PAS untuk meningkatkan pasaran akhbar milik parti, Harakah belum lagi mencapai matlamatnya lagi.

- Advertisement -

Katanya, cetakan Harakah sekarang 40,000 naskhah setiap keluaran belum mencapai sasaran kempen 3B, (beli, baca dan beri) yang dijalankan sebelum ini.

“Sepatutnya setiap cawangan PAS perlu melanggan 10 nashkah setiap keluaran. Ini  bermakna cawangan perlu peruntukan sebanyak RM16 sebulan untuk membeli Harakah.

“Setiap cawangan perlu ada 10 orang membeli Harakah bagi pihak cawangan terbabit.

Organ parti itu dilanggan sekarang sekitar 15,000 naskhah dan selebihnya di jual di pasaran terbuka,” katanya yang juga Naib Presiden PAS pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kota Sarang Semut, Alor Setar.

Beliau juga berkata sekiranya langgan dapat dipertingkatkan Harakah boleh cetak sehingga 70,000 naskhah setiap keluaran.

Oleh itu beliau meminta kawasan membeli dan boleh dijual di pasaran terbuka terutamanya pada hari Jumaat bagi membolehkan maklumat disebar kepada ahli dan penyokong di bawah. – HARAKAHDAILY 1/5/2017

- Advertisement -