Perutusan Presiden PAS sempena Hari Pekerja 2017

- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan Selamat Hari Pekerja 2017 kepada semua pekerja di Malaysia dan juga rakyat Malaysia yang berkhidmat di luar negara.
 
Selaras dengan pengiktirafan Islam terhadap golongan pekerja, PAS menghargai segala usaha, keringat dan kecerdasan yang disumbangkan oleh para pekerja daripada semua sektor ke arah membangunkan Malaysia menuju sebuah negara sejahtera.  
 
Islam sangat menghargai pekerja yang melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh tekun dan amanah. Kerana komitmen yang diberi akan memacu ke arah sebuah negara lebih baik, sejahtera dan bebas daripada segala gejala negatif seperti rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. PAS sentiasa menyokong dan komited kepada usaha untuk menyediakan segala kemudahan dan suasana pekerjaan yang kondusif, selamat dan selesa.
 
Marilah kita bersama membina negara yang mempunyai ciri Keharmonian dan Keadilan Sosial, Ketelusan dan Kecekapan Urustadbir (Governance), Kemantapan dan Kemapanan Ekonomi, Keberkesanan Sistem Pendidikan, Kecemerlangan Insan dan masyarakat; dengan menjadikan Islam sebagai teras dalam pentadbiran dan pemerintahan.
 
“Sejahtera Bersama Islam”
 
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
4 Syaaban 1438 / 1 Mei 2017 – HARAKAHDAILY 1/5/2017

- Advertisement -
- Advertisement -