Kejayaan PRU 2008 boleh berulang di Kedah

- Advertisement -

PAS Kedah membuktikan kejayaan mentadbir negeri ini sepenggal pada 2008 menjadi asas untuk kembali menguasai negeri terbabit pada pilihan raya umum akan datang.

- Advertisement -

Perwakilan Kedah, Ustaz Salim Mahmood berkata kejayaan mentadbir Kedah dengan baik dari sudut  pentadbiran memberi peluang terbaik bagi mencapai matlamat tersebut.

“Keupayaan menambah hasil negeri melalui hasil pembalakan yang berlipat kali ganda membuktikan kejayaan PAS mentadbir negeri ini,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden.

Kata beliau juga kejayaan PAS menguasai Kedah pada PRU 2008 menolak khurafat yang sebut Umno dan BN sebelum ini kononnya parti itu sahaja yang mampu memerintah.

PAS berjaya membentuk kerajaan di Kedah pada PRU 2008 yang diketuai Tan Sri Azizan Abdul Razak. Bagaimanapun pada PRU Umno dan BN kembali menguasai Kedah.

Namun kata Salim belum pun sepenggal BN mentadbir Kedah, Umno dilanda konflik sehingga dua Menteri Besar terpaksa dilantik.

“Umno dan BN kini berada dalam sangat lemah. Buktinya dalam masa sepenggal memerintah Kedah, sudah dua Menteri Besar yang mereka tabal.

“Ini menggambarkan mereka sangat lemah dan tidak mampu untuk membawa perubahan kepada rakyat dan negeri,” ujarnya.

Beliau juga berkata PAS Kedah meletak sepenuhnya tanggungjawab kepada PAS Pusat bagi membuat keputusan sama ada bertahaluf siyasi atau bersendirian untuk menghadapi PRU akan datang.

Baru-baru ini Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggambarkan muktamar di Kedah sekarang menjadi momentum untuk membolehkan PAS kembali berkuasa di negeri tersebut pada PRU ke-14. – HARAKAHDAILY 30/4/2017

- Advertisement -