DHPP setia mendukung perjuangan PAS

- Advertisement -

DEWAN Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menyatakan kesediaan membantu PAS bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang kini berdepan dengan musuh yang pelbagai.

- Advertisement -

Wakil DHPP, Suria Narayanan berkata, bagi merealisasikan hasrat itu DHPP berharap Badan Perhubungan Negeri dan PAS kawasan hendaklah sentiasa bekerjasama dengan dewan itu.

“Kami tidak mahu jawatan atau kerusi. Kami juga tidak akan melompat parti seperti yang pernah dilakukan bekas pemimpin PAS yang kini menyertai parti lain.

“Saya sayang kepada  mereka kerana pernah bersama kita sebelum ini. Jadi saya berharap kepada Tuhan supaya mereka kembali semula kepada PAS,” katanya pada perbahasan ucaptama Presiden pada muktamar petang tadi.

Suria berkata biarpun mereka meninggalkan PAS, namun beliau dan rakan-rakan dalam DHPP tetap istiqomah bersama PAS sehingga ke hari ini.

Beliau juga berkata, DHPP sedang berusaha memperkasakan parti itu selepas hubungan tahaluf siyasi bersama DAP dibatalkan.

Langkah itu menurutnya, bertujuan untuk memperkasakan sokongan golongan bukan Islam terhadap PAS bagi menjamin kemenangan PAS dalam pilihan raya.

“Bagi memperkasakan lagi sokongan ini, kita meminta PAS Pusat supaya mengambil perhatian terhadap permintaan golongan bukan Islam dapat dipenuhi,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/4/2017

- Advertisement -