Pemilihan AJK berlangsung dengan e-voting

- Advertisement -

PROSES pemilihan jawatankuasa kerja PAS Pusat bagi sesi 2017-2019 sedang berjalan ketika ini.

- Advertisement -

Pemilihan kali ini dibuat dengan sedikit kelainan di mana perwakilan mengundi melalui sistem pengundian elektronik (e-voting).

Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan, Wan Rohimi Wan Daud sebentar tadi mengumumkan syarat dan kaedah pemilihan.

Pengundian dikendalikan Lembaga Pemilihan PAS Pusat (LPPP) menggunakan 30 buah komputer dengan dipantau oleh 10 anggota LPPP.

Kali ini empat calon bertanding bagi jawatan Naib Presiden PAS sementara 26 calon AJK bagi merebut 18 kerusi AJK PAS Pusat sempena Muktamar Tahunan PAS ke-63 yang diadakan di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Proses pemilihan dimulakan dengan Mursyidul Am PAS, timbalan dan presiden membuang undi.

Keputusan akan diumumkan pada hari terakhir muktamar, 1 Mei. – HARAKAHDAILY 29/4/2017

- Advertisement -