PAS Dungun, Temerloh catat jualan Harakah tertinggi

- Advertisement -

MUKTAMAR hari ini menganugerah kepada PAS yang berjaya mendaftar keahlian teramai bagi bulan Februari hingga April tahun.

- Advertisement -

Bagi bulan Februari tempat pertama dimenangi PAS Marang dan kedua PAS Jerai. Bagi Mac dimenangi PAS Kota Bharu dan kedua, PAS Bachok.

April pula dimenangi PAS Tanah Merah dan PAS Kemaman.

Manakala bagi jualan Harakah tertinggi sehingga Mac lepas dimenangi PAS Temerloh dan PAS Dungun.

Muktamar juga melancar Dirham Muktamar 63 dengan nilaian RM40 sekeping. Sebanyak 2,000 keping Dirham dicetak.

Projek Dinar Muktamar itu mampu menjana dana PAS Pusat yang disempurnakan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Setiap pembeli disertakan sijil untuk disimpan dan lengkap dengan nombor siri bagi memastikan ketulenan serta kaulitinya tidak terjejas.

Pada pelancaran tersebut sebanyak lima unit bermula nombor siri 0001 hingga 0005 diagih kepada kepimpinan tertinggi parti termasuk Mursyidul Am Tuan Guru Hashim Jasin, timbalannya Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, Presiden serta Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. – HARAKAHDAILY 29/4/2017

masKB

- Advertisement -