Konsep DAP bercanggah perjuangan PAS

- Advertisement -

“DAP telah menunjukkan konsep dan prinsip dia, antaranya ialah dia menolak kepimpinan Islam dalam negara, ini sudah bercanggah dengan konsep perjuangan PAS,” tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

- Advertisement -

Katanya, konsep perjuangan PAS ialah kepimpinan negara mestilah Islam kerana Perlembagaan mengatakan Islam agama Persekutuan.

“Dalam masa yang sama majoriti kaum di Malaysia adalah majoriti orang Islam, yang lain merupakan pecahan-pecahan,” ujarnya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahun PAS ke-63 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, tengah hari tadi.

Dengan sebab itu, jelas beliau sebuah negara yang stabil mesti menghormati kaum yang berpengaruh dalam negara itu,

“Ini adalah teori politk mana-mana negara termasuk demokrasi barat.

“Bila dia (DAP) bawak suatu fahaman cauvinisne yang tujuannya adalah untuk kaum tanpa menghoramti kaum lain, ini sudah bercanggah dengan konsep perjuangan kita,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 29/4/2017

- Advertisement -