1,200 perwakilan hangat muktamar ke-63

- Advertisement -

KIRA-KIRA 1,200 perwakilan PAS seluruh negara bakal memenuhi Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut di sini sempena Muktamar PAS kali ke-63, bermula pagi esok.

- Advertisement -

Program yang bermula 28 April sehingga 1 Mei ini akan membuka tirai dengan majlis ‘Amanat Presiden dan Taklimat Setiausaha Agung’ yang diadakan secara tertutup malam ini.

Pelbagai menarik sepanjang muktamar itu diadakan antaranya Karnival Kelantan yang sedang berlangsung selama enam hari bermula 26 Mei lalu.

Karnival itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob malam 26 April lepas. Sebanyak 24 anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menjayakan karnival terbabit.

Pameran anak-anak syarikat agensi kerajaan diadakan di khemah berhawa dingin, di belakang Dewan Datuk Fadzil Noor. Khemah besar difahamkan dibawa dari Kelantan dilengkap penghawa dingin.

Orang ramai yang berminat melihat dari dekat pembangunan hartanah di Kelantan boleh mengunjungi karnival tersebut.

Di situ juga berlangsung muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat yang bermula pagi semalam sehingga tengahari tadi.

Beberapa lagi agensi kerajaan termasuk Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Urusetia Pembangunan Wanita serta Urusetia Belia dan Sukan terlibat dengan karnival terbabit.

Usahawan yang didatangkan khusus dari Kelantan turut mempamerkan dan menjual pakaian serta makanan tradisional beraneka corak dan rasa.

Manakala bersebelahan khemah tersebut juga diadakan ekspo perdagangan yang menawarkan pelbagai jualan dan pameran.  Gerai-gerai menjual makanan juga sedia menanti pelanggan. – HARAKAHDAILY 28/4/2017

Pameran PKINK

Kompleks Pas Kedah

- Advertisement -