Pasti Ar-Rahman juara Alam Ria Pasti Kawasan Miri

- Advertisement -

Alam Ria Pasti Kawasan Miri telah dianjurkan dengan jayanya di Kampung Sukan Petronas dengan penyertaan daripada 140 orang murid dari seluruh Pasti di Miri.

- Advertisement -

Majlis ini telah dirasmikan oleh oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak, Mohamad Arifiriazul Paijo dan turut dihadiri oleh AJK PAS Pusat, Muhtar Suhaili dan Yang Dipertua PAS Kawasan Miri, Jofri Jaraiee.

Acara tahunan yang mempertandingkan acara pidato, sajak, bercerita, nasyid, kalam jamaie, khutbah serta azan telah membuka ruang kepada pelajar berusia 4 hingga 6 tahun menonjolkan bakat masing-masing di hadapan lebih 300 ibu bapa dan penjaga yang hadir.

Johan setiap acara yang dipertandingkan akan mewakili Pasti kawasan Miri ke peringkat negeri yang bakal berlangsung di Mukah bulan hadapan.

Sejarah Pasti Miri bermula 10 tahun yang lalu dengan penubuhan Pasti yang pertama di Hilltop Garden, dan kini Pasti Miri telah mempunyai 6 cawangan di seluruh Miri iaitu Pasti Al-Munawwarah (Siang-Siang Garden), Pasti Ar-Rahman (Taman Tunku), Pasti Al-Irshad (Piasau), Pasti Al-‘Amalulillah (Pujut), PASTI Al-Fateh (Permyjaya) dan yang terkini Pasti Ar-Rayyan (Senadin).

Dengan visi melahirkan insan soleh pintar di Malaysia melalui pendidikan prasekolah sebagai elemen terpenting, Pasti Miri berhasrat melahirkan modal insan kelas pertama yang cintakan Allah, Rasul serta Al-Quran.

Bagi info kemasukan ke Pasti kawasan Miri, para ibu bapa boleh menghubungi melalui capaian page Facebook (PastiI Kawasan Miri).

- Advertisement -