Laporan polis terhadap pengerusi PAN Sabah

- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah membuat laporan polis terhadap Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Hamzah Abdullah atas satu statusnya facebooknya yang membuat tuduhan fitnah terhadap PAS.

- Advertisement -

Laporan polis yang dibuat oleh Mohd Aminuddin Aling yang juga Pesuruhjaya PAS Sabah turut disertai beberapa pimpinan PAS negeri dan Pemuda PAS Sabah.

Hamzah telah membuat tuduhan bahawa PAS bukan hanya menerima RM90 juta tetapi sebenarnya RM200 juta.

Aminuddin menyatakan dalam kenyataannya selepas membuat laporan polis tersebut supaya ahli-ahli politik tidak terlalu terpengaruh dengan sumber yang belum pasti. Sepatutnya semua parti politik menyampaikan mesej kebaikan dan kebenaran kepada seluruh rakyat dan jangan hanya bergantung kepada politik persepsi.

Saya ingin menasihatkan kepada Hamzah atau mana-mana ahli politik supaya berpolitik secara matang dan beradab. Berpolitik menggunakan media sosial tidaklah salah tetapi jangan sampai membawa unsur-unsur fitnah kerana ia bertentangan dengan agama dan budaya kita, tegas Aminuddin. – HARAKAHDAILY 25/4/2017

- Advertisement -