Bumi Palestin milik hamba-hamba beriman

- Advertisement -

BUMI Palestin milik hamba-hamba yang beriman.

- Advertisement -

Di akhir zaman, akan berlaku pertembungan antara bangsa Yahudi dan Orang Islam, kata Pengerusi Lajnah Al-Quds Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam syarahan sempena penganjuran Sembang Santai Minggu Al-Quds, semalam.

Beliau berkata, kezaliman yang dilakukan zionis ke atas Palestin adalah tanda-tanda kiamat sebagaimana disebut melalui al-Quran dan hadis Nabi.

Tambah beliau, dunia akan berakhir dengan tanda-tanda yang telah disebut oleh Allah SWT sebagaimana manusia akan menemui ajal.

“Kita manusia kita lahir ke dunia akan temui ajal yang kita sendiri tidak tahu bila. Dunia pun begitu, dunia akan tiba akhirnya dan Allah bagi tanda-tanda kiamat.

“Oleh kerana itulah Nabi Muhammad SAW, Nabi terakhir yang paling banyak bagi alamat tanda akhir zaman untuk kita jadikan pedoman.

“Nabi sebut isu Palestin ini dan kaitannya dengan kiamat,” kata beliau.

Muhammad Khalil menyedarkan hadirin bagaimana orang bukan Islam giat membuat kajian mengenai tanda akhir zaman sedangkan umat Islam masih leka dan membisu terhadap apa yang berlaku di Palestin.

Selain itu katanya, Palestin adalah milik orang-orang yang beriman namun mereka dituduh pengganas apabila bangkit mepertahankan negara sendiri.

Menurutnya, orang menuduh agama Islam ganas apabila berkait perang, tetapi dalam Islam perang adalah jalan terakhir mempertahankan tanah air.

“Kebanyakan sejarah islam, peperangan dalam Islam penuh dengn adab, Nabi SAW tak pernah bunuh kanak-kanak, Nabi tidak bunuh perempuan, Nabi tidak merobohkan bangunan.

“Hari ini Islam dituduh pengganas sehingga dia tuduh (Palestin) pengganas bila nak pertahankan negara sendiri,” tegas beliau.

Justeru, beliau berharap penganjuran program tersebut sedikit sebanyak boleh memberi kesedaran kepada semua terhadap isu Palestin. (ulamasedunia)

- Advertisement -