Mangsa kebakaran dapat bantuan kerajaan

- Advertisement -

MANGSA kebakaran di Berek 12, Kota Bharu semalam diberi bantuan segera melalui Tabung Bencana Negeri.

- Advertisement -

Sumbangan sebanyak RM4,500 diberi kepada tujuh mangsa kebakaran termasuk pemilik premis yang disewa kepada mangsa terbabit.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Mumtaz Md Nawi kepada mangsa di tapak kejadian semalam.

Sumbangan itu tidak termasuk Tabung Serambi Mekah yang diurus Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu.

Turut menyumbang anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).

Takiyuddin bagaimanapun melahirkan rasa syukur kerana semua mangsa terselamat dalam kejadian tersebut.

“Hilang harta, Insya-Allah ada gantinya dan mungkin lebih baik. Kita berharap mangsa bersabar menghadapi ujian ini dan jiran tetangga pula diharap dapat membantu mangsa,” katanya.

Turut hadir Adun Bunut Payong, Datuk Dr Ramli Mamat.

Pada kejadian 12.50 tengahari semalam, tujuh rumah musnah dalam kebakaran yang dikatakan bermula dari sebuah rumah.

Kesemua mangsa terselamat memandangkan ketika kejadian sebahagian mereka keluar bekerja.

Seorang mangsa Fakri Hashim, 37, melahirkan rasa syukur kerana rumahnya hanya sebahagian kecil terbakar dan masih boleh diduduki.

“Alhamdulillah rumah masih baik, cuma bumbung perlu dibaiki,” katanya.

Beliau turut mengucap terima kasih di atas keprihatinan kerajaan negeri dan orang ramai yang membantu mereka. – HARAKAHDAILY 18/4/2017

Berek 12

- Advertisement -