RM167 juta bina, baik pulih tujuh masjid

- Advertisement -

DATUK Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, sebanyak RM167 juta diperuntukkan bagi membina dan membaik puluh tujuh masjid di Selangor.

- Advertisement -

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Agama Islam dan Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri itu, sebahagian besar daripadanya kini dalam proses tender dan dijangka mula kerja, pada tahun ini.
 
“Buat masa ini, kita tidak mula apa-apa kerja permbinaan kerana ada proses yang perlu diikuti dan makan sedikit masa.

“Bagaimanapun, kita jangkakan pada bulan ini juga (April) tender akan dimulakan untuk tindakan seterusnya,” katanya dipetik SelangorKini.

Terdahulu, beliau hadir di Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan dan Sambutan Hari Bumi di Dataran Kemerdekaan, di Shah Alam, hari ini.

Beliau turut ditanya gesaan membina Masjid Kampung Melayu Rasa, Hulu Selangor yang didakwa dijanjikan sejak 2013.

Dr Yunus berkata, beliau akan menyemak isu berkenaan dan menyelesaikannya sebaik mungkin.

“Saya akan lihat semula namun isu pembinaan masjid atau surau ini kebiasaannya membabitkan isu tanah.

“Kadangkala dikatakan sudah wakaf tetapi apabila kita lalui proses selanjutnya terdapat masalah. Apapun, kerajaan negeri akan semak,” katanya.

- Advertisement -