Palestin krisis air, Israel nikmati ‘sepuasnya’

- Advertisement -

SEBANYAK 200 bandar di Palestin dan desa-desa di Kawasan C Tebing Barat dikhabarkan sedang menderita kekurangan air yang serius. Menurut laporan akhbar Maariv semalam, warga sukar mendapatkan air akibat terpencil dari rangkaian air Israel.

- Advertisement -

Menurut laporan, krisis air di daerah-daerah Palestin bertepatan dengan mengecut sumber daya air di wilayah Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Ini menonjolkan krisis air di Gaza akibat jaringan sumber daya air yang runtuh. Semua disebabkan tahap kemasinan yang meningkat di syarikat perlindungan air yang rosak, imbasnya air dari laut Mediterranean ikut meresap.

Akhbar Haaretz menggambarkan masalah air di Gaza sebagai salah satu faktor yang akan menyebabkan situasi yang rapuh di daerah yang disekat akan “meletup”.
 
Perjanjian Oslo yang telah ditandatangani antara Israel dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), telah memberikan kuasa kepada Israel atas sumber air di Tebing Barat dan dibahagikan dengan tidak sekata.
 
Berdasarkan perjanjian, Israel mendapat 80 peratus daripada air gunung Tebing Barat (salah satu daripada tiga sumber bawah tanah bersama oleh Israel dan Palestin), sedangkan sisanya untuk Palestin.

Perjanjian juga tidak menetapkan batasan pada jumlah air yang boleh diambil oleh Israel. Namun menghadkan Palestin, yang hanya 118 juta meter padu air dari telaga-telaga yang ada sebelum perjanjian. [Islampos]

- Advertisement -