Pemimpin PAS juga banyak maklumat

- Advertisement -

“BETULLAH kata Presiden PAS bahawa Pandan ni tak tahu dosa dan pahala. Suka sangat menyelongkar sampai jadi hobi,” kata Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abdul Nik Abdul Aziz.

- Advertisement -

Tambahnya, tahi ayam pun digempaknya jadi tahi tuan ayam, memang riuhlah.

“Nasihat saya, pandu cermat, jiwa selamat. Tekan minyak, tekan juga brek,” ujarnya menerusi laman facebook.

Menruutnya, pemimpin PAS juga banyak maklumat tetapi mereka berusaha mempraktiskan akhlak yang mulia bahawa sesuatu yang belum masak buktinya, maka diam adalah senjata disarung dan biarkan ia terlihat.

“Usah gegak mengejar mentari. Sabarkan diri, fajarkan menyingsing,” tambah Ahli Parlimen Pasir Mas itu lagi. – HARAKAHDAILY 13/4/2017

- Advertisement -