DAP perosak ketenteraman antara agama

- Advertisement -

MEMANG patut disebut ‘anak butir tahik’ DAP ini. DAP mempamerkan peranannya mengepalai kempen menolak RUU355 memperkasa mahkamah syariah. Mereka yang paling ke hadapan. Sama ada di dalam Parlimen atau di luar Parlimen.

- Advertisement -

Habis institusi masyarakat Cina dihasutnya hingga ia menjadi aliran popular di kalangan kaum Cina yang menyusahkan semua parti politik berteraskan masyarakat Cina. Aliran yang dimainkan dengan segala propaganda dalam media berbahasa Cina.

Asalnya perjuangan mahu reformasi negara, hapuskan rasuah, keadilan, bersih, cekap. Itu semua perjuangan PAS juga. Setuju!

Tapi apabila kaum Cina bangkit mahu buat perubahan, disuntik propaganda yang rosak, prejudis kepada Islam, bencikan hak kepentingan orang Melayu yang dijamin perlembagaan, mempertikai bidang kuasa Raja Raja Melayu.

Ia aliran yang tidak sihat mendorong hubungan kurang harmoni antara kaum dan agama. Angkara DAP.

Dari segi yang lain, DAP bertanggungjawab mencetus kesedaran baru di kalangan orang Islam bahawa negara ini Agama Persekutuannya Islam, YDP Agongnya Ketua Negara dan Ketua agama Islam, Sultan di negeri-negeri Ketua bagi Agama Islam, Rukun Negara meletakkan Ketuhanan (Kepercayaan Kepada Tuhan) di kedudukan pertama.

Ia menimbulkan self realization (kesedaran diri) majoriti umat Islam bahawa negara ini 64 peratus rakyatnya beragama Islam, manakala kaum Cina cuma sekitar 20 peratus pelbagai agama.

Kita sangat tahu umumnya kaum Cina melalui persatuan persatuan-persatuan kaum yang sangat berpengaruh sangat menghargai kepentingan hubungan yang harmoni dan hidup aman damai supaya makmur, boleh berniaga dan kaya serta hidup sejahtera dan gembira.

Tiba masa menolak politik kerosakan yang dibawa DAP.

Tiba masa umat Islam beri isyarat tsunami Islam. Tolak yang tunduk kepada kemahuan DAP.

Tanah air ini bukan DAP yang punya. Ia akan dipertahankan sebagai tanah tumpah darah kesemua rakyat Malaysia yang faham benar sejarah negara ini.

AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
13hb April 2017 – HARAKAHDAILY 13/4/2017

- Advertisement -