RM600,000 untuk diagih kepada pelajar cemerlang

- Advertisement -

SEBANYAK RM600,000 disediakan oleh kerajaan negeri untuk diagihkan kepada pelajar cemerlang bagi tiga peperiksaan utama 2016.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata kerajaan negeri akan memberikan cenderamata sebanyak RM500 kepada setiap pelajar yang cemerlang.

Menurutnya, dianggarkan seramai 1,200 orang pelajar anak Kelantan bakal diraikan pada majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar.

“Jumlah itu juga termasuk pelajar anak Kelantan di perantauan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Beliau seterusnya berkata, pelajar yang cemerlang dalam SPM, STPM, STAM 2016 boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat Yayasan Islam Kelantan (Yik) bermula Ahad ini.

“Bagi pelajar SPM mereka perlu memperolehi 9A ke atas, STPM 4P A dan STAM pangkat Mumtaz.

Katanya, sumbangan sedemikian telah menjadi program tahunan kerajaan negeri sebagai menghargai kecemerlangan mereka. – HARAKAHDAILY 12/4/2017

- Advertisement -