STADIUM Bukit Merbau, Pasir Puteh yang dicadang kerajaan negeri empat tahun lepas bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.
Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, sudah ada pelabur yang berminat membina stadium tersebut.
Katanya, syarikat terbabit juga sedang membuat kajian bagi membangunkan projek bernilai RM3 bilion itu.
“Kerajaan negeri sedang berusaha bagi memastikan hasrat rakyat untuk melihat sebuah stadium baru dibina menjadi kenyataan.
“Pelabur sudah ada. Mereka juga sedang meneliti butiran perjanjian sebelum memulakan projek stadium di Bukit Merbau,” katanya selepas merasmikan Karnival Bio Kelantan 2017 di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kota Bharu petang tadi.
Projek pembinaan stadium tersebut sebelum ini dirasmikan mantan Menteri Besar, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tertangguh kerana faktor kewangan. – HARAKAHDAILY 12/4/2017