Wakil Rakyat PAS yang khianat?

- Advertisement -

ADA seorang wakil rakyat yang membawa lari kerusi PAS kata wakil Rakyat PAS yang khianat bukan dia yang khianat. Sebab wakil Rakyat PAS menang kerana orang bukan Islam undi. Dia pula menang kerana orang bukan Islam undi, bukan kerana orang PAS undi. Dia menang kerana orang undi Pakatan Rakyat bukan kerana undi PAS.

- Advertisement -

Saya senyum apabila berita ini sampai kepada saya.

Saya jawab,
1. Betullah di sesetengah tempat seperti di Parlimen Bukit Gantang  dengan izin Allah, orang bukan Islam mengundi saya.
2. Saya tanya balik, kalau setakat undi bukan Islam sahaja undi saya dan dia, adakah dia boleh menang.
3. Dakwaan beliau boleh diterima kalau dia bertanding di DUN Aulong Taiping atau Pokok Asam. Ini dia pun bertanding di DUN pengundi Melayu 63 peratus. Mungkin di dalam PRU 14 dengan ehsan DAP beliau bertanding di kerusi tersebut. Itu pun kalau DAP sudi memberi laluan.
4. Adakah lambang parti Pakatan Rakyat ada di dalam kertas undi.
5. Semasa dia lafaz baiah hendak menjadi calon adakah dia Sebut Wallahi Wabillahi Watallahi saya akan patuh kepada arahan pimpinan parti Pakatan Rakyat.
6. Berapa orang tenaga orang bukan Islam yang membantu beliau semasa kempen pilihan raya.
7. Bukankah tenaga PAS yang pergi merayu dari rumah ke rumah. Bukankah Jabatan Amal itu orang PAS. Bukankah pengawal keselamatan calon juga daripada orang PAS. Bukankah yang panjat pokok, gantung bendera orang PAS. Bukankah orang PAS yang menjadi perayu undi di bangsal panas daripada pagi hingga ke petang. Kadang-kadang terpaksa berlawan dengan jentera Umno pada hari mengundi. Bukankah yang penjadi PACA di dalam bilik mengundi juga orang PAS.

Tiba-tiba boleh mendakwa dia menang bukan kerana PAS. Cukuplah kamu meletakkan garam di tempat luka orang PAS dengan melarikan kerusi. Lebih baik diam, makan kenyang-kenyang elaun wakil rakyat, tetapi janganlah menghiris perasaan petugas PAS yang ikhlas.

Petugas PAS tidak meminta upah dan belas kasihan, cuma mereka minta kejujuran, perkhidmatan dan santunan sahaja. Ahli PAS ikhlas, mereka hanya mendengar arahan dan wala’ daripada pimpinan. Ingat! doa ahli marhaen PAS yang ikhlas, insy-Allah  mustajab. – HARAKAHDAILY 11/4/2017

- Advertisement -