Misi Chempaka Sejahtera hampiri kenyataan

- Advertisement -

MISI Chempaka Sejahtera 2015-2020 yang digagas Adun Chempaka, Ustaz Ahmad Fathan Mahmood kini semakin menjadi kenyataan.

- Advertisement -

Antaranya Pasar Chabang Tiga Pengkalan Chepa yang sekarang dalam pembinaan bakal menjadi mercu tanda baru Dun berkenaan.

Pasar terbabit juga akan dilengkapi dataran bersebelahan Kubu Jepun bagi kegunaan aktiviti kekeluargaan, ceramah dan sukaneka.

Ahmad Fathan berkata cadangan membina dataran telah diangkat kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB BRI).

“Alhamdulillah pada dasarnya MPKB-BRI bersetuju mewujudkan dataran tersebut,” katanya di Kota Bharu hari ini.

Menurutnya juga pentas turut akan dibina di dataran terbabit bagi memudahkan diadakan pelbagai program bersama masyarakat.

Beliau juga berkata Chempaka Sejahtera turut meliputi cadangan membina  Pejabat Pusat Khidmat Dun Chempaka di bangunan sendiri.

Kata beliau pejabat berkenaan dicadang dibina di tapak terletak berhampiran pasar.

“Kedudukannya begitu strategik kerana berhampiran masjid, bank, rumah kedai dan pasar,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 11/4/2017

- Advertisement -