Jemput hadir Karnival Bio Kelantan 12-16 April

- Advertisement -

USAHAWAN bidang bio teknologi berpeluang meneroka lebih luas bidang tersebut melalui Karnival Bio Kelantan yang akan diadakan pada 12 hingga 16 April ini.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata pelbagai program menarik yang memberi manfaat kepada usahawan diadakan.

Antaranya diskusi cuka buah terhadap potensi serta manfaat dalam usaha mengatasi lambakan buah-buahan bermusim di Malaysia.

“Buah-buahan bermusim di Malaysia seperti mangga, durian, nangka, rambutan, limau dan jambu batu,” katanya pada persidangan media di Kota Bharu hari ini.

Karnival itu akan diadakan di ruang legar Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Tunjung. Ia akan dirasmikan Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob jam 3 petang Rabu ini.

Tema karnival kali ini Bio Teknologi Pemangkin Kelestarian Ekonomi. Pelbagai seminar dan pameran agensi kerajaan dan IPT berkaitan bio teknologi turut diadakan.

Selain itu bengkel aplikasi automasi pertanian dan bengkel potensi produk berasaskan spirulina turut diadakan.

Che Abdullah juga berkata karnival tersebut akan turut dihadiri usahawan antarabangsa.

“Kerajaan negeri juga akan mengumumkan dua penghargaan iaitu anugerah inovasi dan tokoh bio usahawan Kelantan.

“Kami mensasarkan 10,000 pengunjung sepanjang karnival itu berlangsung,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 10/4/2017

- Advertisement -